Apa khabar semua bakal pengantin? Tentu semua sekarang tengah sibuk-sibuk selesaikan hal berkaitan majlis masing-masing kan?
Yang baru mula plan, tengah sibuk pilih tarikh, pilih tema, buat perbelanjaan dll. Yang tinggal 1-2 bulan pula mesti sibuk tengok checklist dah lengkap semua ke belum kan?
Jadi hari ini saya sekadar berkonsi cerita disebalik bermulanya idea sewa aksesori baju kahwin ni. Yang rajin baca, jom la baca..hehe
Idea tercetus lepas saya lihat semakin ramai pengantin nak berjimat lebih-lebih lagi dengan zaman GST sekarang ni. Biasa nak sewa set baju sahaja boleh cecah RM500++. Ini mungkin paling murah. Tapi kalau kita beli kain, design dan upah jahit boleh jimat sedikit. Tapi bergantung pada design baju kita juga la. Nanti post lain saya kongsi macam mana saya boleh jimat baju kahwin saya pula ye..hihi
Untuk beli pula aksesori tambahan seperti veil, kasut, crown dan tudung perlu lagi RM300++. Contoh harga veil kosong paling murah sudah cecah RM70. Kasut tambah RM70 lagi. Crown murah dalam RM100 boleh dapat. Tapi biasa jenis ni tak "shining" la. Jenis "Shining" berkilat ni biasa RM250++. Tudung bergantung pada material kita dah pilih so tambah RM100 lagi la.
Jadi total semua RM340. Ni bajet paling rendah..huhu. Pening fikir nak cover kos untuk pakai sehari / 2 hari sahaja ni..
Jadi demi membantu anda semua masih kelihatan cantik menawan tapi dengan kos yang rendah saya tawarkan khidmat sewa yang sangat murah. Harga sewa tak sampai RM50 bagi setiap item. Kalau sewa dengan set lain harga boleh bincang lagi. Jangan risau.
Semua sewaan ini saya akan tambah sikit-sikt dari masa ke semasa. Jadi yang nak tengok segera semua yang saya tawarkan dari bunga tangan, kasut, veil, tudung, crown dan brooch. Contact saje saya di 019-9205123 (Detty)
Nanti kita set tempat untuk jumpa ye :) Jadi sampai sini dulu saya berceloteh panjang lebar.
Jadi pada semua bakal pengantin, selamat sambung planning majlis anda semula. Semoga hari bahagia anda akan berjalan dengan lancar.